Wednesday 30 January 2013

SATU QIBLAT YANG SAMA



Kita sujud pada qiblat yang sama...Begitulah irama lagu nasyid yang dipopularkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim vokalis kumpulan nasyid Rabbani yang masih mekar diingati. Mengingati lagu tersebut membuatku mengimbau kembali detik - detik perjalanan kembaraku menuju ke Baitullah bersama ahli keluargaku. Sungguh indah detik tersebut tidak dapat dibayangkan betapa bersyukurnya aku menjadi insan terpilih untuk menunaikan umrah bersama keluarga. Itulah impian yang disematkan oleh ibu bapaku untuk membawa anak - anaknya menunaikan ibadah umrah bersama - sama. Alhamdulillah kami dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan diharap semoga ibadah tersebut diterima olehNya. Amin...


Ini adalah gambar di airport bersama kaum keluarga...saat menanti untuk masuk balai berlepas...


Gambar ketika berada di Masjid Nabawi...alangkah indahnya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram ini.





Masyaallah...cantiknya pemandangan dari atas...saat ni dah nak landing di airport Jeddah...




Berada di salah sebuah masjid untuk berniat Ihram sebelum memulakan ibadah umrah...





Ketika ini sedang melakukan tawaf...menghadapi kesesakan lautan manusia yang sangat ramai...kesabaran perlu diteguhkan untuk mendapat pahala daripada Allah Taala.




Umrah plan...insyaallah akan datang akan kembali lagi...semoga dipermudahkan Allah segalanya...

KEAMANAN & KESEJAHTERAAN


KEAMANAN DUNIA YANG DIIDAMKAN...

    Sejak akhir - akhir ini dunia sering dihebahkan dengan peperangan yang tidak berkesudahan. Lihat sahaja isu Palestin yang tidak pernah berakhir, diikuti Syria, Rohingya dan pelbagai lagi isu yang sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua selaku saudara seagama. Paling menyedihkan umat Islam kebanyakannya menjadi mangsa kekejaman perang tersebut.
    Apakah peranan kita selaku umat Islam? Pernahkah kita menitipkan untaian doa buat mereka yang sentiasa berjuang menuntut keadilan dan hak mereka di tanah air mereka sendiri ? Adakah berhak mereka ditindas, dikasari dan dizalimi sedemikian rupa oleh bangsa asing bahkan bangsa sesama mereka juga di tanah air mereka? Oleh itu, marilah kita bersama - sama berdoa setiap kali seusai solat buat untuk kesejahteraan mereka di sana. Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman, tenang dan sejahtera dengan kepelbagaian etnik, kaum dan agama. Bersama - sama kita menghormati orang lain dan memupuk keamanan sejagat.

Sekian, wassalam...

Tuesday 29 January 2013

RASM QURAN ( PENULISAN QURAN )





Assalamualaikum...

Ilmu Rasm Quran merupakan satu ilmu yang membicarakan berkenaan penulisan Quran dan sangat berkaitan dengan sejarah pengumpulannya. Seperti yang sedia maklum bahawa ketika hayat Baginda s.a.w tidak dikumpulkan Al-Quran pada satu buku seperti yang terdapat pada tangan kita. Ini dilihat kerana para sahabat Baginda sangat prihatin dan mempelajari Al-Quran dengan bersungguh - sungguh dan mereka menghafaznya serta tersemat kukuh dalam ingatan mereka


Setelah kewafatan Baginda maka berlakulah peristiwa perang memerangi orang murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang menyebabkan ramai para penghafaz quran syahid. Atas inisiatif dan cadangan daripada Saidina Umar untuk mengumpulkan quran maka bermulalah era pengumpulan tersebut yang melibatkan banyak kaedah, tatacara dan prosedur supaya Al-Quran yang dikumpulkan itu benar - benar menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Baginda s.a.w.


Ilmu Rasm Quran ini membicarakan penulisan yang ditetapkan dan mempunyai beberapa kaedah yang digunakan seperti pembuangan sesuatu huruf, penambahan huruf, menceritakan berkenaan huruf Hamzah, penggantian, penyambungan serta pemutusan antara beberapa perkataan dan sebagainya.


Rasm dari sudut bahasa bermaksud kesan atau jejak manakala dari sudut istilah merupakan perkataan Al-Quran yang dibicarakan cara pembacaannya. Tidak semua huruf yang tertulis dalam Al-Quran perlu dituturkan atau dibacakan bunyinya kerana proses ini melibatkan pembacaan secara musyafahah (berdepan dengan mereka yang ahli dalam bidang tersebut ).


Maka, sangat penting untuk kita mendalami dan mengetahui ilmu ini supaya kita sama - sama dapat memanfaatkan bersama untuk generasi kita yang akan datang. Insyaallah.




















Contoh Al-Quran versi lama...















Al-Quran dewasa kini...





Monday 28 January 2013

MUHASABAH DIRI & MUTIARA KATA INDAH


MUTIARA KATA & MUHASABAH DIRI

        Ulama' terkenal di atas mewasiatkan kepada sekalian manusia untuk melaksanakan tuntutan berikut sekalipun dilihat agak sukar memenuhinya. Mari kita bersama - sama menelusuri pesanan yang telah disampaikan oleh Syeikh di atas seperti berikut :

- menjadi manusia yang bersopan santun & berlemah lembut.
- memaafkan manusia yang menzalimi kamu.
- membalas kejahatan manusia lain dengan kebaikan.
- meneruskan hubungan silaturrahim dengan manusia sekalipun manusia ingin memutuskannya.
- memaafkan kesalahan manusia lain sekalipun kesalahan itu besar nilainya.
- mengasihi orang - orang yang fakir, lemah.
- sentiasa duduk bersama orang - orang miskin dan hadiri majlis mereka tanpa mengira kedudukan serta pangkat yang kamu miliki bahkan kamu merasakan diri kamu adalah orang yang paling hina dalam kalangan mereka.

       Semoga dengan pesanan & wasiat yang diutarakan oleh beliau membentuk kita menjadi manusia yang tidak sombong diri dengan apa yang dimiliki bahkan sentiasa tawadhuk antara satu sama lain. Analogi yang dapat disimpulkan di sini adalah hebat bagaimanapun kita di dunia ini kita tetap kembali kepada bentuk asal kita : iaitu daripada tanah yang sentiasa dipijak.

Selamat bermuhasabah diri kita semua demi membentuk insan mulia.









MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG JUARA...

               Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Taala atas nikmat yang tidak terhingga sehingga masih lagi dapat menghirup udara dan mengecapi nikmatNya...

               Alhamdulillah baru-baru ini Maahad Tahfiz Negeri Pahang merangkul juara dengan kumpulan mata sebanyak 18 emas di dalam pertandingan MASISUPA NEGERI PAHANG yang telah diadakan pada 25 - 27 Januari 2013 bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Attas Pekan Pahang.

               MASISUPA ZON 1 KALI KE-29  ini dianggotai sebanyak 5 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Rompin, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

              Memang tidak dapat dinafikan bahawa persaingan sangat sengit antara kelima - lima buah sekolah tersebut. Namun, kepuasan jelas terserlah setelah menggembleng sekuat tenaga untuk meraih keputusan yang membanggakan MTNP.

              Syabas diucapkan kepada seluruh warga MTNP yang banyak menyumbang tenaga untuk kejayaan para pelajar MTNP. Semoga tahun 2013 ini merupakan " TAHUN KECEMERLANGAN MTNP 2013 " baik dalam bidang akademik, hafazan quran, sahsiah & kepimpinan dan kokurikulum.

Insyaallah. Amin. Sekian, jumpa lagi.

Sunday 16 December 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN HAFAZAN QURAN DIPLOMA

Assalamualaikum pembuka bicara...
    Ahlan wasahlan ke blog saya. Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan saya untuk menghasilkan blog pendidikan sendiri yang boleh dikongsikan bersama manfaatnya. Insyaallah segala penambahbaikan akan dilakukan untuk mencantikkan blog ini kerana saya masih lagi berusaha untuk belajar berkaitan pengisian blog ini. Jumpa lagi dalam post akan datang. Insyaallah. 

Tuesday 4 December 2012

BELAJAR AL- QURAN

~ Ke arah pembentukan generasi Al- Quran~



Al-Quran merupakan wadah penunjuk sepanjang zaman. Barangsiapa yang menjadikannya sebagai ikutan, nescaya akan memandunya ke arah syurga...:) Barangsiapa yang berpaling darinya, nescaya akan mengheretnya ke neraka.

Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al- Quran, sesungguhnya ia akan datang sebagai syafaat kepada yang membacanya."

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik- baik kamu adalah yang belajar Al- Quran dan mengajarkannya kepada orang lain." 

Bacalah, sebutlah dengan nama Tuhan yang menciptakan segalah kejadian di dunia...:)

 <3 CINTAILAH AL-QURAN SEPERTIMANA KAMU MENCINTAI DIRIMU SENDIRI <3