Monday 28 January 2013

MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG JUARA...

               Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Taala atas nikmat yang tidak terhingga sehingga masih lagi dapat menghirup udara dan mengecapi nikmatNya...

               Alhamdulillah baru-baru ini Maahad Tahfiz Negeri Pahang merangkul juara dengan kumpulan mata sebanyak 18 emas di dalam pertandingan MASISUPA NEGERI PAHANG yang telah diadakan pada 25 - 27 Januari 2013 bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Attas Pekan Pahang.

               MASISUPA ZON 1 KALI KE-29  ini dianggotai sebanyak 5 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Rompin, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

              Memang tidak dapat dinafikan bahawa persaingan sangat sengit antara kelima - lima buah sekolah tersebut. Namun, kepuasan jelas terserlah setelah menggembleng sekuat tenaga untuk meraih keputusan yang membanggakan MTNP.

              Syabas diucapkan kepada seluruh warga MTNP yang banyak menyumbang tenaga untuk kejayaan para pelajar MTNP. Semoga tahun 2013 ini merupakan " TAHUN KECEMERLANGAN MTNP 2013 " baik dalam bidang akademik, hafazan quran, sahsiah & kepimpinan dan kokurikulum.

Insyaallah. Amin. Sekian, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment