Tuesday 29 January 2013

RASM QURAN ( PENULISAN QURAN )





Assalamualaikum...

Ilmu Rasm Quran merupakan satu ilmu yang membicarakan berkenaan penulisan Quran dan sangat berkaitan dengan sejarah pengumpulannya. Seperti yang sedia maklum bahawa ketika hayat Baginda s.a.w tidak dikumpulkan Al-Quran pada satu buku seperti yang terdapat pada tangan kita. Ini dilihat kerana para sahabat Baginda sangat prihatin dan mempelajari Al-Quran dengan bersungguh - sungguh dan mereka menghafaznya serta tersemat kukuh dalam ingatan mereka


Setelah kewafatan Baginda maka berlakulah peristiwa perang memerangi orang murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang menyebabkan ramai para penghafaz quran syahid. Atas inisiatif dan cadangan daripada Saidina Umar untuk mengumpulkan quran maka bermulalah era pengumpulan tersebut yang melibatkan banyak kaedah, tatacara dan prosedur supaya Al-Quran yang dikumpulkan itu benar - benar menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Baginda s.a.w.


Ilmu Rasm Quran ini membicarakan penulisan yang ditetapkan dan mempunyai beberapa kaedah yang digunakan seperti pembuangan sesuatu huruf, penambahan huruf, menceritakan berkenaan huruf Hamzah, penggantian, penyambungan serta pemutusan antara beberapa perkataan dan sebagainya.


Rasm dari sudut bahasa bermaksud kesan atau jejak manakala dari sudut istilah merupakan perkataan Al-Quran yang dibicarakan cara pembacaannya. Tidak semua huruf yang tertulis dalam Al-Quran perlu dituturkan atau dibacakan bunyinya kerana proses ini melibatkan pembacaan secara musyafahah (berdepan dengan mereka yang ahli dalam bidang tersebut ).


Maka, sangat penting untuk kita mendalami dan mengetahui ilmu ini supaya kita sama - sama dapat memanfaatkan bersama untuk generasi kita yang akan datang. Insyaallah.




















Contoh Al-Quran versi lama...















Al-Quran dewasa kini...





No comments:

Post a Comment